Cinta = Gundah

Monday, August 8, 2011


Cinta itu tidak terbit semena-mena. Cinta bukan sesuatu yang tercampak ke dalam atau tercampak keluar. Ia ada asalannya. Cinta itu terbitnya daripada hati. Dan cinta itu ialah perasaan dan rasa. Manusia tidak akan lari daripada memiliki kedua-duanya. Perasaan dan rasa.

Namun, bagaimana cinta itu? Bagaimana cinta yang benar? Begitulah hati-hati yang merindu akan tertanya-tanya, begitulah hati yang resah dan gundah akan tercari-cari. Dengan apa cinta itu bisa diasaskan? Apakah ini cinta? Bagaimana mungkin cinta itu ialah satu rasa yang sementara bahagianya?

Sedang yang kerap kali terjeluak itu ialah sengsara? Cinta di kala kejauhan membuatkan jiwa-jiwa rasa tidak tenteram, resah gelisah, inikah cinta? Apakah bukan sepatutnya cinta itu menjadi sesuatu yang menyenangkan, melapangkan, mengamankan? Cinta di kala kejauhan menguji kepercayaan sesama jiwa, apakah dia setia? Apakah dia selamat? Adakah itu adakah ini? Sehingga jiwa menjadi tidak selesa, sentiasa terfikir-fikir, sehingga kerja tidak menjadi, inikah cinta?

Aku resah, aku gelisah. Bukan kerana ketiadaan cinta, tetapi kerana masih mencintai. Ia, semuanya sudah berakhir di antara kita tetapi aku masih tetap sayang, masih tetap rindu, masih terkenangkan masa lalu. Tidak pernah hati aku sekeliru ini. Tidak pernah hati aku, merasa penuh selengkap ini sedang mencintai. Mungkin, ini yang di katakan cinta sejati?

Memang, aku banyak sesalan. Tidak ada yang lain dapat aku salahkan kecuali empunya diri sendiri atas terputusnya hubungan kita. Aku cuba untuk berdiri teguh tanpa kamu, cuba untuk bersendiri berdiam diri tanpa mengenangkan kamu. Cuba untuk membuang perasaan hati ini. Bodoh! Apa yang cuba aku lakukan? Tidak, semua itu tidak mungkin terjadi.

Sehingga kini, aku masih mencintai kamu. Aku, belajar dari kesilapan diri. Aku seorang manusia yang lebih baik dari semalam kerana kamu. Alangkah indahnya jika kita dapat bersama semula. Akan ku tatang, ku sayang, ku jaga dirimu lebih dari dulu. Aku masih mengharap, masih percaya akan cinta kita.

Hati aku sakit, melihat kamu bersama yang lain. Hati aku sedih tidak dapat bersama berkongsi rasa gembira. Hati kecil ini, meratap ronta pabila kesedihan pabila ada yang mahu diceritakan. Tetapi semuanya harus disimpan, tidak dapat diceritakan. Semuanya salah aku.

Aku masih, perlukan kamu. Ingin bersama kamu semula,
GILA....

0 comments: